
Katanya, kerajaan perlu mengkaji mekanisme menarik balik minat dalam kalangan rakyat untuk meminati sukan permotoran di Malaysia.
“Saya sangat sedih apabila mendengar kerajaan mahu menghentikan penganjuran perlumbaan F1 bermula 2018. Lebih-lebih lagi saya yang sudah terlibat dalam sukan ini.
“Saya sangat tidak terkejut dengan cadangan itu kerana mengetahui penganjuran ini memang menelan belanja yang mahal serta masa ini tidak membawa keuntungan berikutan kemerosotan penjualan tiket,” katanya kepada FMT.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata Malaysia tidak akan lagi menjadi tuan rumah perlumbaan F1 bermula 2018 kerana acara itu gagal memberikan keuntungan.
Katanya, negara terpaksa menanggung RM300 juta setahun untuk menganjurkan acara itu dan “tidak mendapat pulangan”.
Ketua Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Datuk Razlan Razali sebelum ini dilaporkan berkata, jualan tiket F1 merosot sejak 2014 dan kadar tontonan televisyen di Malaysia untuk acara itu tahun ini terendah dalam sejarah.
Perlumbaan F1 di Malaysia mula diadakan pada lewat 1990-an dan diberi sokongan penuh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Singapura turut mengambil keputusan tidak lagi meneruskan penganjuran F1 kerana menganggap ia sudah mencapai matlamatnya melalui Grand Prix. Jualan tiket F1 di negara itu juga dilaporkan merosot.
Alex bagaimanapun berkata kerajaan seharusnya memikirkan cara yang lebih baik untuk menarik minat rakyat untuk kembali kepada sukan pemotoran.
Katanya, industri sukan permotoran memberi keuntungan yang lumayan jika rakyat kembali minat dalam acara itu.
“Misalnya, sukan Motor GP di Malaysia sangat memberi keuntungan. Apa yang penting kita memerlukan lebih banyak tempat untuk menyokong industri ini. Misalnya lebih banyak litar untuk Formula 2 dan 3.
Jualan tiket, tontonan TV merosot, Malaysia mungkin henti anjur F1