Selepas bebas, Jamal selar Ku Nan ‘nyanyuk’

Selepas bebas, Jamal selar Ku Nan ‘nyanyuk’

Jamal turut mahu merancang perhimpunan membantah kerajaan negeri Selangor di Shah Alam esok

jamal-adnan
KUALA LUMPUR:
Datuk Seri Jamal Yunos hari ini menyelar Datuk Seri Tengku Adnan Mansor selepas setiausaha agung Umno itu mengancam akan mengenal pasti ahli parti yang turut serta dalam perhimpunan Sabtu lalu.

Jamal yang merupakan ketua Umno Sungai Besar itu menafikan ahli Umno terlibat pada demonstrasi itu, yang disertai Gerakan Baju Merah pimpinannya dalam usaha menghalang perhimpunan Bersih 5.

“Tidak ada seorang pun ahli Umno terlibat dalam perhimpunan tersebut,” kata Jamal yang disambut penyokongnya di luar Balai Polis Ampang Jaya hari ini

“Walaupun saya ketua Umno bahagian, tetapi kami turun bukan atas tiket Umno. Kami turun di atas tiket NGO.

“Mungkin Ku Nan sudah lama kot… dia dah nyanyuk,” katanya.

Jamal turut merancang menganjurkan tunjuk perasaan esok di pusat pentadbiran kerajaan Selangor di Shah Alam.

Jamal-bersih7

“Saya mendapat ilham Bersih 7 setelah 4 hari dalam lokap,” katanya, sambil menambah ia menyentuh 7 perkara iaitu bekalan air bersih, salah guna dana, kronisme, projek tebatan banjir, rumah mampu milik, kutipan sampah dan “caca marba” kerajaan negeri.

Menurutnya, sejumlah 700 “roadshow” akan dianjurkan di bawah “Bersih 7” di seluruh Selangor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.