
KUALA LUMPUR: Selepas kempen berminggu-minggu yang menyaksikan tuduh-menuduh, amaran pihak berkuasa malah pergelutan yang bertukar ganas, ibu negara hari ini bersedia untuk perhimpunan Bersih 5, di samping sebuah lagi perhimpunan lawan untuk menghalangnya diketuai ketua bahagian Umno, Datuk Seri Jamal Yunos.
Wartawan dan jurukamera FMT kini berada di beberapa lokasi bagi melaporkan perkembangan terkini.
5.56: Orang ramai beransur pulang menuju destinasi masing-masing dan suasana di KLCC kembali seperti biasa.

5.31: Peserta di KLCC mengakhiri himpunan mereka dengan menyanyikan lagu Negaraku.


5.06: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ibrahim berucap di hadapan bangunan KLCC mempersendakan video Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak video nyanyian dan tarian “Shalala Lala” dengan Presiden Filipina Rodrigo Duterte.
“Perdana menteri, kita semua menderita, tetapi anda masih menyanyi ‘Shalala Lala’,” katanya sambil membuat gerakan kecil sebagai jenaka.
“Kami menderita dengan GST, dengan harga petrol yang tinggi, tetapi anda pergi ke China, kemudian Jepun, dan kini Peru, menikmati (dirinya sendiri).”
Beliau bermula dengan pemenjaraan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peserta Bersih 5.
Beliau mengakhirinya dengan menggesa suaminya dibebaskan, bersama-sama yang lain, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan urus setia Mandeep Singh.
5.02: Pertama kali menyertai Bersih, Amalina, 29, berpendapat ia perhimpunan yang positif.

4:52: Dr Mahathir dalam ucapannya tadi berkata Perdana Menteri Najib Razak menyalahgunakan kuasanya kerana kedaulatan undang-undang sudah tiada lagi.
“Najib boleh tahan dan masukkan orang dalam penjara. Itu bukan kuasanya. Itu salah guna kuasa. Jangan takut! Jangan biarkan dia ambil hak kita!”
Ucapannya turut menyentuh mengenai “derma” RM2.6 bilion dan laluan kereta api yang sepatutnya tidak melebihi RM30 bilion.
“Tubuh saya lemah, tapi jiwa saya kuat. Bersama rakyat, saya mahu Najib letak jawatan.”

Beliau sekali lagi menegaskan mana-mana pihak yang tidak bersama pembangkang sebenarnya penyokong Najib.

4.51: Selain gesaan terhadap peletakkan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad turut mempersendakan pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos.
“Kita ingin keamanan, kita bukan Jamal. Kena tumbuk hidung sekali, menangis. Kata berani sangat. (Kata) Berani kena tangkap. Bila kena tangkap, dia akan merayu.
“Tidak seperti orang ramai yang berani meluahkan rasa tidak puas hati mereka (berhubung pentadbiran sekarang).”
4.42: Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap dan menggesa semua hadirin mengundi pembangkang, termasuk PAS.
“Undi untuk PPBM, DAP, Amanah, PKR dan PAS!

“Ketepikan perbezaan kita dan bersatu untuk masa depan negara. Masa BN sudah tamat!”



3:45: Peserta Bersih mula membersihkan kawasan demo dengan mengutip semua sampah sepanjang jalan Tuanku Abdul Rahman

“Inilah ‘Bersih’. Kita bersih, kita makan, minum dan kita kutip sampah di sekitar, kita bukan kumpulan pengotor,” kata salah seorang sukarelawan Amanda.
Pada masa sama pihak petugas Bersih mengarahkan peserta supaya berkumpul di KLCC.
3:31: Ahli Parlimen Petaling Jaya Tony Pua berkata mereka berhimpun untuk Bersih 5 hari ini kerana tiada pilihan lain kecuali tumbangkan kerajaan BN dan Perdana Menteri Najib Razak.
“Kita tak guna silat, atau guna keris,” kata Tony, mengejek pertunjukan silat oleh Baju Merah sebelum ini.
3:30: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen menyifatkan penggunaan Sosma ke atas Maria “sangat mengejutkan”.

Polis cuba menenangkan Baju Merah yang tidak berpuas hati kerana peserta Bersih melalui kawasan mereka.


Anggota keselamatan dan sukarelawan membantu mengawal trafik.
Turut bersama mereka adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan veteran Lim Kit Siang.
3:12: Baju Merah dilihat beransur menuju ke pusat beli-belah Sogo di Jalan Raja Laut.

Dia tidak mahu mendedahkan wajahnya kerana khuatir tindakan daripada “pihak atasan”.
Ketika ditanya, dia tidak mahu mendedahkan siapa pihak atasan itu. Sementara itu seorang penunjuk perasaan akui pada awalnya mereka “kehilangan punca” kerana tidak pemimpin.
Jamal ditahan pihak berkuasa awal pagi tadi dan akan ditahan di pusat tahanan Shah Alam selepas mahkamah memerintahkan tahanan reman 4 hari.

Baju Merah berada di Padang Merbok sejak 12.30 tengah hari selepas berarak dari Pusat Dagangan Dunia Putra.

2:40: Mahkamah Majistret Ampang memerintahkan Ketua Gerakan Baju Merah Jamal Md Yunos ditahan reman 4 hari berhubung kekasaran di Ampang Point 13 November lalu.
Jamal dikenakan perintah reman bersama 2 penyokong Baju Merah, dan mereka akan dibawa ke pusat tahanan Shah Alam.
Penasihat undang-undang Baju Merah, Mohd Imran Tamrin berkata mereka disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas tuduhan merusuh, dan Seksyen 186 kerana cuba menghalang polis menjalankan tugas.
Dalam kejadian itu berlaku pergelutan antara kumpulan Jamal dan polis. Jamal mengalami kecederaan di hidung.

2:22 Bekas pelumba F1 Alex Yoong dikesan meninjau suasana di Padang Merbok yang menjadi lokasi himpunan Baju Merah. Berpakaian kuning, kehadirannya bagaimanapun disedari beberapa peserta.
Segerombolan cuba memintas tetapi Alex terlalu laju untuk mereka.
Beliau berjaya melepaskan diri, dan polis berjaya mengawal keadaan.

1:48: Exco Pemuda Umno Armand Azhar Abu Hanifah buat kali kedua cuba berunding dengan polis untuk membenarkan 5 peserta Baju Merah melepasi kawalan di Padang Merbok atas alasan kematian ahli keluarga.
Polis bertegas tiada orang boleh keluar masuk. Minta tanggal Baju Merah jika mahu runding.
1:46: Semua laluan menuju ke Dataran Merdeka ditutup, termasuk laluan di Brickfields

1:31: Pesara Azizan Saad, 58, yang berasal dari Kedah tidak pernah terlepas sertai himpunan Bersih: “Saya turun kerana negara dalam keadaan kritikal,” katanya sambil melepaskan lelah di stesen LRT Masjid Jamek.
“Sekarang payah nak cari makan. Nak buat kenduri, jemput rakan taulan, pun fikir dua tiga kali.”

1:12: Khabar angin mula kedengaran berkenaan kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukriz Mahathir di Bersih 5.
Blogger politik Firdaus Abdullah menyiarkan gambar Dr Mahathir turun dari kapal terbang memakai baju-t Bersih 5 di Twitter. Beliau menulis: “#Bersih5 Return of the Statesman. #Leadership #DrM See you in Kuala Lumpur in a while.”

“Kami mahu menasihatkan orang ramai berkumpul dalam kumpulan besar, bukan kecil untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
“Kita akan bergerak ke Jalan Tuanku Abdul Rahman, buat masa ini pihak berkuasa tidak membenarkan kita ke sana.”
12.42: Rafizi Ramli kelihatan tiba di jalan masuk Dataran Merdeka berhadapan Bank CIMB dan mendapat sorakan gemuruh daripada peserta Bersih.



Peserta Bersih mula memenuhi gerai makanan.
12.30: Di Kuching, Ketua Pegawai Keselamatan Bersih 2.0 Simon Siah memberitahu kumpulan itu sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Dewan Bandaraya Kuching Utara kerana mengepung sepenuhnya ruang awam. Perhimpunan dijadualkan bermula pada jam 4 petang.
12.30: Khalid memberitahu, polis tidak berkompromi dan tidak membenarkan peserta melepasi garisan kuning.


12.11: Tren LRT di KL Sentral menuju bandar raya hampir dipenuhi peserta Bersih. Sekumpulan peserta Bersih dari Seremban turut tiba dengan menaiki komuter KTM yang kini meninggalkan KL Sentral untuk menuju bandar.
12.00 : Polis tidak mebenarkan kumpulan Baju Merah menuju ke Dataran Merdeka di mana tempat peserta Bersih berkumpul. Kumpulan yang disertai kira-kira 600 peserta itu kemudian mula bergerak ke chek point asal di Padang Merbok.
11.56: Bersih bergerak ke arah Jalan Bangsar yang dihalang benteng pihak polis dengan kehadiran 3 trak FRU.
11:40: Baju Merah dihalang mendekati dataran dan arahan daripada pembesar suara meminta orang ramai bersabar.
“Saya bercakap dengan polis dan mereka bersetuju membiarkan kita bergerak ke Padang Merbok,” kata arahan itu.
“Tidak seperti kuning Bersih, kita adalah rakyat yang mematuhi undang-undang!”
11.39: Penyokong Bersih 5 dari Kelantan dipaksa menanggalkan baju kuning dan memakai baju merah. Salah seorang daripada mereka, Baharudin Mohamad, berkata beliau masih akan menyokong Bersih di Dataran Merdeka.

11.31: Penyanyi Aishah yang berkumpul dengan penyokong Bersih 5 berhampiran Masjid Negara juga memberi ucapan.
Beliau berkata, rakyat sudah muak dengan rejim “jahat” dan menggesa kerajaan mendengar suara rakyat sebelum mereka memberontak.
“Kami berada di sini untuk membantah secara aman. Kami mahu Malaysia yang progresif,” kata beliau.
11.28: Pasukan FRU bersiap sedia untuk menghalang perarakan Baju Merah ke Dataran Merdeka. Dianggarkan 1,000 orang akan melalui sekatan itu di depan Sogo\Kompleks Pertama.
11.25: Baju Merah hampir tiba di Dataran Merdeka. Sambil berarak, mereka menyanyikan lagu “Inilah Barisan Kita” sambil mengecam tindakan Bersih yang didakwa cuma menghancurkan negara.
11.24: Booklet mengenai Shukri Saad, lelaki yang terjun dari jambatan Pulau Pinang dijumpai di tepi pokok berhampiran kawasan dataran Masjid Negara. Booklet setebal 8 muka surat itu mengandungi status Facebook terakhir Shukri.

11.20: Baju Merah mula berarak dari PWTC menujuk ke Dataran Merdeka, Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azhar Abu Hanifah turut bersama.


10.55: Selepas perbincangan, polis benarkan sebuah trak Bersih yang juga pentas ucapan, masuk perkarangan luar Masjid Negara.


“Yang kedua, kita mahu jelaskan di sini, menolak dan menentang penyelewengan adalah satu tuntutan Islam. Kita nak counter nerratif bahawa demonstrasi ini haram,” katanya.

10.37: Penganjur Bersih mengumumkan jalan di hadapan Stesen LRT Masjid Jamek sebagai kawasan ceramah. Peserta diarahkan duduk atas jalan raya.

10:21: Penyokong Baju Merah terpaksa ditenangkan penganjur selepas marah disuruh berarak semula ke Dataran Merdeka dari PWTC.

10.17: Kira-kira 1,000 penyokong Baju Merah berkumpul di luar PWTC sambil melaungkan slogan dan bertakbir. Turut kelihatan exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azhar Abu Hanifah.
10.10: Penganjur Bersih merayu peserta tidak menggunakan vuvuzela kerana bunyi bising menyukarkan orang ramai mendengar arahan.
“Selepas ini, saya ke Dataran Merdeka,” katanya yang baru menjual 20 daripada 150 sandwic yang disediakan.



Ambiga: “Mereka cuba menghalang Bersih 5 tetapi nampaknya gagal.”

9.43: Lebih ramai pegawai polis ditempatkan di persimpangan bersebalahan Dataran Merdeka.


9.29: Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan memberitahu peserta: “Mungkin Maria (Chin Abdullah) tidak berada di sini tetapi semangatnya tetap hadir. Kita perlu teruskan!” katanya, disambut dengan “”Hidup Ambiga!”
Ambiga: “Tiada siapa yang takut. Semua yang keluar hari ini, kita akan keluar.”
9.20: Di Jalan TAR, peserta Bersih 5 dilihat bersorak ke arah penyokong Baju Merah yang sebelum itu cuba merempuh mereka. Keadaan terkawal.

9.12: Kira-kira 30 pemuda berbaju merah berarak dekat Dataran Merdeka. Tiada pergelutan berlaku walaupun mereka bertembung dan berjalan lalu disambut sorakan penyokong Bersih.

9.10: Beberapa wakil Majlis Peguam turut kelihatan memantau keadaan.
9.08: Lelaki berpakaian Arab muncul menyertai protes, dipercayai sebagai sindiran kepada derma politik RM2.6 bilion daripada Arab Saudi.

9.05: Seorang wanita berdiri memegang sepanduk di barisan polis yang mengawal Dataran Merdeka.

9.00: Semakin ramai mengambil peluang menjual baju Bersih 5 di hadapan Masjid Jamek.
8.54: Dataran Merdeka lengang, hanya polis berpakaian seragam di sepanjang kawasan.

8.40: Polis turut meletakkan pagar besi dalam menghalang jalan semua jalan menuju Dataran Merdeka.


8.20: Trak FRU dan polis mula tiba di kawasan sekitar Masjid Jamek, dan beberapa pegawai polis dilihat memberi taklimat kepada anggota keselamatan.

8.15 PAGI: Penyokong Bersih dilihat berkumpul di luar Majid Negara. Kebanyakan mereka di sini tiba dari utara Semenanjung, tetapi masih tidak memakai baju kuning Bersih.
Peguam Baju Merah, Mohd Imran Tamrin memaklumkan Jamal Yunos akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Ampang pada 2.00 petang.
