Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Pada 6.00 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.4140/4190 berbanding dolar AS daripada 4.3900/3970 pada Khamis.

ringgit-dollar
KUALA LUMPUR:
Ringgit terus jatuh berbanding dolar AS hari ini berikutan kebimbangan yang memuncak akan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) bulan depan susulan pengumuman data ekonomi negara itu yang menggalakkan, kata seorang peniaga.

Pada 6.00 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.4140/4190 berbanding dolar AS daripada 4.3900/3970 pada Khamis.

Pada 10.00 pagi, ringgit susut dan mencecah paras 4.4030 berbanding dolar AS susulan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Janet Yellen yang membayangkan kadar faedah mungkin dinaikkan tidak lama lagi.

Naib Presiden Penyelidikan Pasaran FXTM, Jameel Ahmad berkata, kemungkinan Fed menaikkan kadar faedah bulan depan mencapai paras hampir 90%.

Beliau berkata Yellen menyatakan semalaman bahawa kadar faedah AS akan dinaikkan ‘tidak lama lagi’ dan para pelabur menerima berita itu sebagai rangsangan yang bank pusat tersebut akan menaikkannya pada Disember, yang mana menyokong sentimen belian bagi dolar.

Dalam negara, Bank Negara Malaysia mengambil langkah untuk membendung turun naik pasaran pertukaran asing dan menegaskan bahawa kadar dalam pesisir mata wang adalah harga rujukan yang sesuai.

Unit tempatan diniagakan tinggi sedikit berbanding mata wang utama lain.

Ringgit tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0962/0008 daripada 3.0988/0063 pada Khamis dan susut berbanding pound British kepada 5.4734/4813 daripada 5.4717/4857 pada Khamis.

Unit tempatan meningkat berbanding yen kepada 3.9874/9948 daripada 4.0216/0314 pada Khamis dan naik berbanding euro kepada 4.6780/6837 daripada 4.7070/7158 sebelumnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.