NGO dakwa 3,000 ahli Umno sertai Baju Merah esok

NGO dakwa 3,000 ahli Umno sertai Baju Merah esok

Ia akan menyertai 3 gabungan NGO Baju Merah lain di Padang Merbok yang dianggarkan mencecah 300,000 orang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dan agama.

Datuk-Zulkarnain-Mahdar
KOTA KINABALU:
Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (Gaum) menghantar 3,000 anggotanya untuk menyertai perhimpunan antiBersih 5.0 di Kuala Lumpur esok, sebagai tindak balas sekiranya Bersih meneruskan rancangan mengadakan perhimpunan.

Pengerusi Gaum, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata anggotanya akan menyertai 3 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Baju Merah lain di Padang Merbok yang dianggarkan mencecah 300,000 orang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dan agama.

“Kami masih lagi berharap supaya Bersih 5.0 membatalkan niat mereka mengadakan perhimpunan esok.

“Cuma kami berharap Bersih tidak memulakan provokasi. Sebelum ini yang menimbulkan provokasi bukan peserta baju merah tetapi baju kuning namun diputar belitkan oleh pembangkang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zulkarnain berkata demikian sebagai mengulas rancangan Bersih 5.0 untuk meneruskan perhimpunan mereka meskipun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sudah mengisytiharkan perhimpunan Bersih 5.0 sebagai haram.

Ahli Umno sertai himpunan balas Baju Merah bantah Bersih 5

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.