
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata arahan penarikan balik pemotongan itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas pihaknya membuat rayuan.
“Penarikan ini sekali gus tidak menimbulkan persoalan kekurangan bekalan perubatan selain usaha kementerian mengoptimumkan penggunaan ubat-ubatan bagi mengelakkan pembaziran,” katanya menjawab soalan Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Kubang Kerian) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Baihaki ingin tahu mengenai langkah kementerian itu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan ubat di hospital kerajaan.
Dr Hilmi berkata pihaknya mengeluarkan garis panduan bagi mengelak pembaziran ubat dengan memperketat pengeluaran dan mengehadkan pemberian ubat berdasarkan keperluan pesakit.