Pelajar cemerlang Taylor’s College terus gapai kejayaan

Pelajar cemerlang Taylor’s College terus gapai kejayaan

Taylor’s College terus mengukuhkan reputasinya sebagai landasan kejayaan global, melahirkan graduan diterima di universiti terkemuka di seluruh dunia.

girls
Taylor’s College membentuk pemimpin masa depan melalui program pra-universiti bertaraf dunia.
PETALING JAYA:
Sejak 1969, Taylor’s College telah mencipta nama sebagai salah satu institusi pra-universiti pilihan di Malaysia, membentuk generasi pelajar yang mampu bersaing di peringkat global.

Kolej ini menawarkan tiga program pra-universiti, iaitu Cambridge A Level (CAL), laluan Matrikulasi Australia (AUSMAT) dan rangkaian program asasi yang bukan sahaja membolehkan pelajar membuat pengkhususan awal, tetapi juga mengasah kemahiran berfikir kritis dan kreatif mereka.

Dari A Level ke Kejuruteraan Bioperubatan

Bagi Tan Yong Zen, yang kini melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan (Pengkhususan Kejuruteraan Tisu) di National University of Singapore, pengalaman beliau dalam program Cambridge A Level di Taylor’s College menjadi titik penting dalam perkembangan akademik dan peribadinya.

tan (Taylor’s College pic) 24925
Penerima STAR Award Taylor’s College, Tan Yong Zen yang kini melanjutkan pengajian di National University of Singapore. (Gambar Taylor’s College)

“Saya memang bercita-cita untuk belajar di luar negara, namun pada masa sama, saya juga ingin memberi impak yang bermakna.

“Taylor’s College memberikan ruang untuk saya meneroka minat sambil mengekalkan prestasi akademik cemerlang. Malah, saya berpeluang menubuhkan kelab permainan papan dan menganjurkan pertandingan STEM Bowl,” jelasnya.

student (Taylor’s College pic) 24925
Tan Yong Zen (duduk) bersama peserta lain dalam STEM Bowl tahunan Taylor’s College. (Gambar Taylor’s College)

“Bimbingan pensyarah seperti Nesa Ramani dan Dr Gilbert Foo yang mengaitkan sains dengan kehidupan sebenar membangkitkan minat saya terhadap Kejuruteraan Bioperubatan dan mendorong impian saya untuk menyumbang kepada dunia perubatan moden.”

Kejayaan melalui laluan AUSMAT

Graduan AUSMAT, Edwin Chan, yang kini melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Fisioterapi) di The University of Sydney, berkongsi bagaimana sistem penilaian berterusan menjadi kunci kepada perkembangan dirinya.

edwin student
Edwin Chan, pencapai skor ATAR tertinggi Taylor’s College serta penerima dua anugerah mata pelajaran SACE dalam subjek Kimia & Biologi. (Gambar Taylor’s College)

“Dengan saiz kelas kecil, pensyarah dapat memberi maklum balas lebih terperinci. Struktur pembelajaran yang fleksibel juga membantu saya untuk menghasilkan kerja yang berkualiti secara konsisten.

“Selain itu, pengalaman saya di kampus mengajar saya berdikari dan memudahkan peralihan saya ke luar negara,” katanya.

group (Taylor’s College pic) 24925
Edwin (ketiga dari kanan) bersama rakan-rakan dan pensyarah fizik mereka, John, sebelum cuti belajar menjelang peperiksaan. (Gambar Taylor’s College)

Membina Keyakinan Melalui Reka Bentuk

Bagi Chee Xin Yen, program Asasi Reka Bentuk di Taylor’s College membuka jalan ke The Glasgow School of Art.

xin (Taylor’s College pic) 24925
Chee Xin Yen, penerima Taylor’s Excellence Award 2024 yang turut tersenarai dalam Anugerah Dekan bagi ketiga-tiga semester. (Gambar Taylor’s College)

“Program ini meningkatkan keyakinan diri dan mengukuhkan kemahiran asas, membuatkan saya lebih berani untuk melangkah ke fasa seterusnya.

“Pensyarah saya juga menjadi sumber inspirasi terbesar dengan sokongan dan panduan praktikal yang akan kekal bersama saya,” katanya.

artwork
Arca hasil karya Chee, penggabungan tiga ruang berbeza berasaskan watak dalam mitologi Yunani, iaitu Medusa. (Gambar Taylor’s College)

Perjalanan beliau membuktikan bahawa Taylor’s College bukan sahaja memperkasakan pelajar dari segi akademik, tetapi juga secara peribadi, supaya mereka lebih bersedia menghadapi realiti pembelajaran dan kehidupan di luar negara.

Selain akademik, Taylor’s College turut menyokong pelajar melalui University Placement Services (UPS), pusat sehenti yang menawarkan panduan peribadi untuk permohonan universiti tempatan dan antarabangsa.

“Penasihat UPS sangat sabar dan teliti, membimbing saya melalui proses permohonan di pelbagai negara serta menghubungkan saya dengan wakil universiti.

“Sokongan ini benar-benar mengurangkan kebimbangan saya dan memberi keyakinan semasa membuat permohonan,” kongsi Chee.

Selama lebih lima dekad, Taylor’s College berpegang pada janji yang konsisten, iaitu untuk mempersiapkan pelajar dengan kejayaan di universiti bertaraf dunia dan seterusnya.

Dengan laluan akademik yang terbukti, sokongan penempatan universiti yang menyeluruh serta pengalaman kampus yang holistik, Taylor’s College terus melahirkan graduan cemerlang yang mencipta nama di pentas global.

Untuk maklumat lanjut mengenai Taylor’s College dan program pra-universiti yang ditawarkan, sila layari laman sesawang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.