Cukup ulang cerita Najib korup, tumpu nasib rakyat, saran DAP

Cukup ulang cerita Najib korup, tumpu nasib rakyat, saran DAP

Pakatan Harapan perlu hebahkan penyelesaian kepada masalah rakyat kebanyakan

wong
SHAH ALAM:
Sudah sampai masanya Pakatan Harapan mengurangkan ulang cerita korupsi kerajaan BN dan menghebahkan penyelesaian masalah rakyat, kata Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh.

Beliau menyenaraikan kebimbangan orang kebanyakan kepada perwakilan Pakatan Harapan, seperti kenaikan kos sara hidup, kualiti pendidikan yang rendah, dan kesukaran golongan belia mendapat pekerjaan.

Kah Woh menegaskan kepimpinan Pakatan Harapan perlu menangani masalah seperti itu dalam ucapan dan program mereka.

“Kita perlu dengar suara orang ramai, dan bekerja dengan mereka mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Rakyat mahukan penyelesaian.

“Kita harus ubah nada kempen. Tidak perlu ulang cerita betapa korup kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Seluruh dunia tahu (Najib dan kerajaan korup). Sebaliknya kita perlu hebahkan kemampuan kita. Saya cadang mulai hari ini, 30% ucapan kita bidas aspek negatif kerajaan.

“Manakala 70% lagi hebahkan kepada pengundi, dan belia khususnya, tentang prestasi kita di Pulau Pinang dan Selangor, dan apa akan Pakatan Harapan lakukan sekiranya menjadi kerajaan.”

Beliau berkata demikian di konvensyen pertama Pakatan Harapan hari ini. Lebih 1,000 penyokong pembangkang menghadiri acara ini.

Wong berkata angkatan Pemuda Sosialis DAP, Angkatan Muda Keadilan dan Pemuda Amanah sudah menyiapkan manifesto yang dinamakan “Harapan Pemuda”.

“Pengundi hari ini mahu tahu bagaimana kita akan tunaikan janji kita. Cara terbaik untuk memikat hati mereka dengan membuktikan Pakatan Harapan sedia membentuk kerajaan, bukan sekadar membangkang.

“Kita mesti tunjukkan rancangan untuk menyelesaikan masalah harian mereka, dan saya yakin terutamanya akan tertarik untuk bersama kita.

“Saya harap manifesto ini akan tunjukkan kemampuan kita kepada belia.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.