Baju Merah didakwa buli Bersih lagi

Baju Merah didakwa buli Bersih lagi

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu mendesak tindakan membuli dan melampau dilakukan Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Datuk Jamal Yunos.

Bersih 5 road convoys in Bangi
PETALING JAYA: Beberapa kumpulan anti Bersih berpakaian kemeja T merah dan hitam mengganggu konvoi Bersih 5 di Bangi, Labuan dan Tanjong Malim hari ini, kata kumpulan pendesak perubahan pilihan raya itu.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu mendesak tindakan membuli dan melampau dilakukan Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Datuk Jamal Yunos dan “gengster” Baju Merah dan kini ada yang berbaju hitam pula.

Kumpulan itu berkata beberapa penunggang motosikal berbaju merah mengoyakkan bahan kempen Bersih dan cuba merosakkan cermin kereta.

“Jamal sendiri dirakamkan sedang memaki hamun penyokong Bersih.

“Bila ahli Bersih cuba meneruskan konvoi mereka, penyokong Baju Merah memeras motosikal mereka dan sengaja menghalang penunggang keselamatan kami menjalankan tugas memastikan keselamatan konvoi,” kata kenyataan itu.

Baju Merah juga dikatakan berada di Labuan dan menghalang konvoi Bersih di sana, mengetuk kereta dan mengganggu peserta Bersih.

Di Tanjung Malim, sekumpulan berbaju hitam mengganggu konvoi dan menyekat jalan sementara cuba menghalang pasukan Perak bertemu pasukan Selangor untuk menyerahkan obor.

“Di sebalik gangguan ini, obor itu dapat diserahkan dengan jayanya menerusi kumpulan baju hitam terus menjerit ke arah kami.

“Kami tak pernah melawan Baju Merah. Kami bukan berperang, kami berjuang secara percuma mendesak pilihan raya yang adil dan kerajaan baik secara aman,” kata Bersih.

Bersih juga mendakwa polis tidak mengambil tindakan dan membiarkan saja perbuatan itu sementara aktivis Bersih terpaksa berdepan pelbagai siasatan polis.

Konvoi jalanan itu diadakan untuk meningkatkan sokongan awam terhadap perhimpunan jalanan Bersih 5 yang akan diadakan di Kuala Lumpur bagi mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan perubahan politik.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.