Wad lelaki hospital di Ipoh dikosongkan akibat litar pintas

Wad lelaki hospital di Ipoh dikosongkan akibat litar pintas

Dr Noor Hisham berkata, litar pintas itu berlaku pada plug dinding katil di wad lelaki di HRPB yang menempatkan pesakit lelaki kira-kira jam 11.16 malam Rabu.

Datuk-Dr-Noor-Hisham-Abdullah
IPOH:
Wad 5B Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) terpaksa dikosongkan selepas berlaku litar pintas malam tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, litar pintas itu berlaku pada plug dinding katil di wad yang menempatkan pesakit lelaki kira-kira jam 11.16 malam.

Dr Noor Hisham berkata, tiada sebarang kecederaan sama ada membabitkan pesakit atau kakitangan hospital dilaporkan.

“Pihak hospital sudah memindahkan pesakit ke wad lain dan kajian keselamatan serta pendawaian sedang dijalankan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Kekecohan yang berlaku di bangunan induk Hospital Sultanah Aminah (HSA) lewat tengah hari 26 Oktober lalu berpunca daripada litar pintas kecil akibat wayar terdedah terkena air dalam kerja pembersihan di tingkat 1, menurut polis.

Kerja-kerja pembersihan itu dilakukan, susulan kebakaran di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA di tingkat 2 pada 25 Oktober lalu yang mengorbankan 6 pesakit dan mencederakan 4 yang lain.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh dilaporkan berkata, kejadian itu tidak melibatkan sebarang unsur sabotaj, keganasan dan jenayah.

PAUTAN:

6 maut dalam kebakaran Hospital Sultanah Aminah di JB

Polis: Litar pintas punca ‘percikan api’ di hospital JB, bukan sabotaj

Pakar: Fabrik, alat pernafasan punca kebakaran HSA

Kementerian arah hospital berusia lebih 50 tahun jalani audit keselamatan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.