
Beliau berkata ini kerana pihaknya dimaklumkan bahawa Kerajaan Pusat tidak akan menggunakan WSIA bagi menyelesaikan pertikaian harga tawaran pengambilalihan Splash oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM2.975 bilion kerana terdapat kaedah lain yang boleh diguna pakai dalam perkara itu.
“Ini (Splash) adalah sebuah syarikat senaraian awam dan untuk menjaga imej Kerajaan Pusat, kita mesti berlaku adil kerana ia juga melibatkan bon luar negara. Sudah tentulah Kerajaan Pusat akan memberi pertimbangan kepada perkara-perkara ini.
“Malah, kita juga telah melantik penilai bebas antarabangsa setahun lepas bagi membuat rundingan dalam menentukan nilai tawaran,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.