
Menurut laporan Malaysiakini, jumlah itu belum ditambah dengan tajaan RM12 juta oleh Malaysia bagi pembinaan dan hiasan dalaman auditorium OCIS.
Tajaan itu diumumkan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke OCIS untuk menyampaikan ucapatamanya.
Pengerusi Mahasiswa Amanah, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda berkata, kerajaan melalui Bajet 2017 yang diumumkan bulan lalu memotong 20 hingga 40% peruntukan untuk Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Perbelanjaan operasi untuk universiti tempatan dikurangnya sebanyak 19.32% atau RM1.456 billion.
Ahmad Fadhli mempersoalkan kenapa kerajaan lebih berminat membiayai reka bentuk dalaman sebuah universiti asing dan sama ada terdapat peningkatan ketara dalam pengambilan pelajar Malaysia oleh OCIS.