Geran Soros: Badan Peguam Malaysia turut berdepan tindakan polis

Geran Soros: Badan Peguam Malaysia turut berdepan tindakan polis

Badan Peguam Malaysia menerima geran bernilai AS$15,000 (RM53,757) untuk kajian ke atas pekerja asing di Malaysia

khalid
PETALING JAYA:
Badan Peguam Malaysia antara 3 pertubuhan yang disiasat polis berhubung sumbangan yang diterima daripada Open Society Foundations (OSF), yang dikaitkan kepada hartawan George Soros.

Pertubuhan lain yang disiasat adalah gabungan reformasi pilihan raya Bersih, dan portal Malaysiakini.

Badan Peguam Malaysia Khamis lalu mengaku terima geran bernilai AS$15,000 (RM53,757) pada Januari tahun lepas untuk kajian ke atas pekerja asing.

Siasatan polis ke atas 3 pertubuhan itu dibuat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman untuk aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ketiga pertubuhan disiasat oleh 1 kumpulan siasatan yang sama, selepas satu laman sesawang Amerika Syarikat memuatnaik dokumen OSF yang mengaitkan yayasan itu kepada Bersih, Malaysiakini dan Badan Peguam.

Malaysiakini akui geran OSF digunakan oleh unit penyiaran KiniTV untuk menerbitkan buletin berita dan dokumentari berkenaan Sarawak.

Manakala Bersih pula nafi sumbangan OSF digunakan untuk menganjurkan tunjuk perasaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.