
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata idea itu diajukan kepada semua hospital, terutamanya yang menduduki bangunan lama.
“Kita perlu kaji langkah itu sebelum membuat keputusan.
“Wad ICU di aras bawah pastinya akan membantu pemindahan pesakit dalam kes kecemasan.
“Bukan sahaja kebakaran tetapi juga bencana lain seperti gempa.
“Jadi kita perlu memikirkan perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Jantung Sedunia 2016 di Hospital Pulau Pinang hari ini.
Baru-baru ini, tragedi kebakaran di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru mencetuskan perdebatan mengenai kesiap siagaan menghadapi bencana kebakaran di hospital kerajaan seluruh negara.
Seramai 6 orang di wad ICU maut dalam kejadian pertama, manakala tiada yang maut dalam kejadian kedua yang berlaku 24 jam kemudian.
Sementara itu, Dr Hilmi mengumumkan penambahbaikan bernilai RM15.2 juta untuk Hospital Pulau Pinang, yang menurut beliau akan mengurangkan risiko kebakaran dan bencana lain di hospital itu.
Projek akan bermula Isnin nanti dan akan siap dalam masa 6 bulan. Pembedahan yang penting akan dijalankan di hospital berhampiran dan di Alor Star.