Bekas atase cabul warga New Zealand dihantar pulang

Bekas atase cabul warga New Zealand dihantar pulang

Muhammed Rizalman Ismail dihantar pulang selepas selesai menjalani hukuman tahanan rumah

Rizalman
PETALING JAYA: Bekas atase ke New Zealand Muhammed Rizalman Ismail dihantar pulang selesai selesai menjalani hukuman tahanan rumah 9 bulan kerana mencabul seorang warganegara.

Menurut laman online New Zealand Herald, nzherald.co.nz, lelaki 39 tahun itu diiring 2 anggota polis New Zealand dari Wellington ke Kuala Lumpur malam tadi.

“Jurucakap Menteri Kehakiman Amy Adams berkata Amy mengarahkan Rizalman dihantar pulang ke Malaysia di bawah Akta Ekstradisi,” kata portal itu.

Rizalman mengaku tidak bersalah tahun lepas kerana mencabul Tania Billingsley di rumahnya di Wellington pada 9 Mei 2014.

Dilaporkan Rizalman pertama kali melihat Billingsley di sebuah pasar raya dan daripada bahasa tubuh mengagak mangsa mahu berkawan dengannya.

Rizalman mengekori mangsa ke rumahnya dan menunggu di luar rumah selama 40 minit sebelum mengambil keputusan untuk masuk dengan seluar dan seluar dalam tergantung di kaki.

Di mahkamah, Rizalman menjelaskan beliau tidak dapat menahan tinja ketika berada di luar pintu hadapan rumah mangsa, lalu mengotori pakaian sendiri.

Rizalman kemudian disabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman tahanan rumah 9 bulan pada 4 Februari tahun ini.

Kes beliau mencetuskan bantahan orang ramai apabila beliau meninggalkan New Zealand selepas didakwa. Rizalman kemudian dihantar pulang ke New Zealand pada 24 Oktober 2014.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.