Indeks jenayah turun tapi jenayah jalanan naik, kata KPN

Indeks jenayah turun tapi jenayah jalanan naik, kata KPN

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata salah satu punca peningkatan jenayah jalanan ialah tidak jumlah kehadiran anggota polis di kawasan tumpuan tidak dapat ditambah.

khalid
PETALING JAYA: Walaupun indeks jenayah negara berkurangan 1% tahun ini, jenayah jalanan tetap meningkat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata salah satu faktor menyumbang peningkatan jenayah jalanan seperti ragut ialah kerana pasukan polis tidak dapat meningkatkan kehadiran anggota di beberapa lokasi tumpuan.

Katanya, kegagalan menempatkan lebih banyak anggota polis ialah kerana PDRM terpaksa berjimat cermat dengan sumber mereka.

“Kami berusaha keras untuk membendung jenayah jalanan dan merancang beberapa kaedah yang boleh diambil,” katanya pada sidang akhbar di Hotel Sunway Resort hari ini sempena forum bertajuk “Strategising Measures to Combat Serious Crimes”.

Ketika ditanya sama ada polis bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan CCTV dipasang di kawasan bandar, berada dalam keadaan baik untuk membantu menangkap peragut, Khalid berkata ia amalan biasa.

“Kami terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menentukan lokasi meletakkan CCTV dan penyelenggaraan.

“CCTV bukan saja untuk pengesanan tetapi dalam menyelesaikan kecurian kecil kerana ia membuat orang berfikir 2 kali sebelum melakukan jenayah,” katanya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.