Kadar inflasi bagi September stabil pada 1.5%

Kadar inflasi bagi September stabil pada 1.5%

Data Jabatan Statistik menunjukkan kenaikan harga makanan dan perumahan pada September, diimbangi kos pengangkutan dan komunikasi yang lebih murah.

Malaysia-economy
KUALA LUMPUR:
Harga indeks pengguna bagi bulan September naik 1.5% berbanding tahun lalu, dan menyamai derap bulan Ogos, menurut data kerajaan pada Jumaat.

Angka tersebut kurang sedikit daripada ramalan median 1.7% oleh pakar ekonomi dalam tinjauan Reuters.

Data daripada Jabatan Statistik menunjukkan kenaikan harga makanan, minuman alkohol dan bukan alkohol, tembakau dan perumahan pada September, yang diimbangi kos pengangkutan dan komunikasi yang lebih murah.

Kadar inflasi tahunan cecah 4.2% pada Februari, yang tertinggi dalam 7 tahun, tetapi terkawal dengan pudarnya kesan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan pada April 2015.

Pada Julai, Bank Negara Malaysia mencantas unjuran inflasi bagi tahun ini kepada 2%-3% daripada 2.5%-3.5%

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.