
“PAS juga bersedia bertembung sesama parti pembangkang jika kita tidak boleh bersatu dan mencapai kata sepakat,” katanya kepada FMT.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan spekulasi pilihan raya mengejut walaupun khabar angin mengenainya semakin bertiup kencang.
Khaled semalam menganggap spekulasi itu dalam aplikasi telefon pintar di kalangan beberapa individu.
Sementara itu, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata parti itu akan meneruskan persiapan menghadapi pilihan raya negeri sekalipun Khaled menafikannya.
Ini kerana mereka yang mencadangkan pilihan raya mengejut sudah tentu tidak akan mengakuinya.
Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah ketika dihubungi FMT berkata, jentera parti sudah diarah bersiap sedia.
PKR dijangka kekal bertanding di kerusi yang ditandingi pada PRU lepas.
“Sebenarnya kita memang sudah jangkakan ada kemungkinan pilihanraya mengejut di Johor, apabila Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Adun Jorak) menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“Setakat ini memang sudah tentu kerusi yang kita ada kita akan pertahankan, tetapi ada masa lagi untuk kita bincang dengan parti pembangkang yang lain,” kata Puah.