
“Kegusaran kekosongan kepimpinan Melayu yang kuat dapat diisi,” kata Husam di suatu ceramah di Shah Alam semalam sempena ulangtahun pertama Parti Amanah Negara.
Video ceramah itu dimuatnaik di laman Facebook Kelab Che Det.
Turut hadir adalah Dr Mahathir, yang juga pengerusi PPBM, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Husam, bekas naib presiden PAS dan penasihat Amanah Kelantan berkata orang Melayu di bandar dan pedalaman tidak lagi takut kerana kewujudkan kepimpinan Melayu yang kuat seperti Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal.
Husam berkata negara berada di persimpangan kerana dilanda krisis kepimpinan.
“Rasuah itu ‘hitam’, perompakan kekayaan negara itu ‘hitam’ dan menggunakan isu perkauman untuk tujuan politik itu ‘hitam’,” katanya.
Merujuk kepada PAS, Husam berkata parti Islam itu masih belum boleh membuat keputusan sedangkan parti pembangkang tidak lagi boleh menunggu.
“Kita jalan dulu kerana masa berlalu dengan pantas,” katanya.
Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PKR dan PAS pecah tahun lepas susulan perbezaan antara PAS dan DAP tentang pelaksanaan hudud.