Bas Rapid KL terbakar di Wangsa Maju

Bas Rapid KL terbakar di Wangsa Maju

Semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan. Kebakaran itu menyebabkan kenderaan yang berada berhampiran lokasi turun rosak dijilat api.

rapid-terbakar
KUALA LUMPUR:
Sebuah bas Rapid KL terbakar berhampiran pusat membeli belah Aeon Big, Wangsa Maju dan menyebabkan kenderaan yang berada berhampiran lokasi turun rosak dijilat api, hari ini.

Dalam kejadian jam 4 petang tadi, pemandu bas berhenti mengejut apabila terhidu bau asap sebelum mengarahkan 6 penumpangnya turun segera untuk menyelamatkan diri.

Kejadian itu disahkan oleh syarikat pengendali bas, Rapid Bus Sdn Bhd menerusi kenyataan rasminya sebentar tadi.

“Ia melibatkan bas laluan T521 (LRT Sri Rampai – Seksyen 10 Wangsa Maju). Semua penumpang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Pihak Rapid Bus memohon kepada pemilik kenderaan yang terlibat untuk menghubung imereka di talian bantuan 03-7885 2585 atau emel kepada [email protected] bagi tujuan tuntutan pampasan.

Syarikat akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa bagi menyiasat punca kejadian serta kos kerugian.

“Rapid Bus memohon maaf di atas insiden ini yang menyebabkan gangguan lalu lintas di sekitar lokasi.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.