Rosmah: Jangan harap orang luar hormati bendera Malaysia

Rosmah: Jangan harap orang luar hormati bendera Malaysia

Isteri perdana menteri itu kecewa kerana rakyat Malaysia sendiri semakin hilang hormat terhadap simbol kebangsaan seperti Negaraku dan Jalur Gemilang.

rosmah-jalur-gemilang
KUALA LUMPUR:
Datuk Seri Rosmah Mansor semalam menegur belia negara ini yang tidak menghormati simbol kebangsaan seperti lagu kebangsaan dan Jalur Gemilang.

“Kebelakangan ini, saya memerhatikan golongan muda tidak menghormati Negaraku atau lagu patriotik. Ketika Negaraku dimainkan, saya lihat mereka bercakap-cakap, tidak peduli dan ada juga yang terasa berat berdiri. Mereka melakukannya tanpa perasaan malu,” kata Rosmah berucap di majlis penutup program “Malaysia Di Hatiku” malam semalam.

“Kita perlu ingat, Negaraku merupakan lagu kebangsaan kita. Ia satu-satunya lagu yang dimiliki semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama mahupun politik.

“Adalah penting menanam semangat cinta dan sayang untuk negara,” kata isteri perdana menteri itu.

Golongan muda juga semakin tidak menghormati bendera Malaysia, katanya.

“Bayangkan apa orang luar fikirkan. Bagaimana kita harapkan orang luar hormati bendera kita kalau kita sendiri tidak?” soal beliau.

Komen beliau itu selang beberapa hari penangkapan 9 warga Australia kerana memakai seluar dalam Jalur Gemilang ketika acara perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia di Sepang, Ahad lalu.

Mereka disiasat atas tuduhan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam, dan dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini.

https://www.youtube.com/watch?v=_8zrU0nKJ3I&feature=youtu.be

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.