Azizan Osman ada PhD psikologi tetapi belum konvo

Azizan Osman ada PhD psikologi tetapi belum konvo

Beliau sudah memenuhi semua syarat bagi seorang doktor falsafah dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom dan majlis konvokesyennya dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

dr-azizan-richworks2
PETALING JAYA:
Perunding motivasi terkemuka, Azizan Osman disahkan mempunyai ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang psikologi oleh syarikatnya menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini.

Syarikat Richworks dalam kenyataannya mengatakan, “Sepanjang 4 tahun yang lalu. Dr Azizan memenuhi semua syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom. Konvokesyen beliau di Universiti Hertfordshire dijangka berlangsung dalam masa yang terdekat.”.

Selain itu, turut dinyatakan beliau mempunyai kelulusan Doktor Sains (Metafizik) dari Gordon University, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat sejak 2009.

Kenyataan ini adalah susulan penafian beberapa universiti tempatan – Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) – menganugerahkan PhD kepada Azizan.

Ia juga menjelaskan mengenai PhD daripada UM yang menyatakan Azizan diperdayakan beberapa pihak yang tidak mewakili universiti berkenaan dan sudah membuat laporan polis.

“Berkenaan dengan Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Malaya, kami dimaklumkan Dr. Azizan Osman malangnya disasarkan dan diperdayakan oleh pihak-pihak yang bukan wakil universiti tersebut. Kami sudah membuat laporan polis dan perkara ini sedang disiasat.”

“Semasa proses siasatan dalaman yang jalankan baru-baru ini, kami menjumpai beberapa kelemahan serius berkenaan prosedur-prosedur operasi kami. Malangnya, kelemahan ini menyebabkan penggunaan ijazah kedoktoran daripada IUKL dan UKM sebagai rujukan kepada Dr Azizan Osman yang tidak pernah beliau akui,” katanya.

Kenyataan itu juga berkata, pihak syarikat memandang serius dengan situasi yang berlaku dan sedang melaksanakan satu pelan komprehensif untuk membetulkan situasi ini dengan kadar segera.

Pautan:

UKM dan IUKL pula nafi beri PhD kepada Azizan Osman

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.