Permata tiada apa mahu disorok, kata Adun DAP

Permata tiada apa mahu disorok, kata Adun DAP

Yeo Bee Yin menjelaskan kunjungannya nanti bukan sekadar untuk melihat akaun Permata.

Yeo-Bee-Yin-rizal
PETALING JAYA:
Adun DAP Yeo Bee Yin menjelaskan beliau bukan sahaja mahu melihat akaun Permata Negara (Permata), tetapi gambaran penuh pengurusan program pendidikan awal kanak-kanak itu.

Sekiranya penaung Datin Seri Rosmah Mansor dan pegawainya Rizal Mansor khuatir, Bee Yin menyoal adakah Permata akan membatalkan jemputan kepadanya.

“Saya bingung dengan reaksi negatif Rizal apabila saya menerima jemputan melawat Permata, yang dipanjangkan oleh beliau dan majikannya.

“Jikalau akaun Pertama tidak menyorokkan sesuatu, mengapa Rizal berasa jengkel dengan permintaan saya?” kata Adun Damansara Utama itu dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjawab teguran Rizal semalam yang menyarankan Adun DAP itu supaya mempertikaikan kontroversi melibatkan kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang sebelum mempersoalkan akauntabiliti Permata.

Terdahulu Bee Yin dilaporkan berkata program pendidikan awal kanak-kanak seperti yang dijalankan Permata walaupun ia dinaungi Rosmah.

Atas dasar itu, Bee Yin mengkritik Permata kerana tidak mempunyai hala tuju strategik yang jelas walaupun dibiayai kerajaan.

Rizal memanjangkan jemputan kepadanya untuk melawat Permata bagi tujuan penerangan, namun Bee Yin mahu melihat akaun Permata.

“Rizal kata saya hanya berminat untuk melihat akaun Permata. Itu tidak benar. Saya mahu gambaran penuh pengurusan Permata kerana pengurusan kewangan antara bahagian penting menilai prestasi sesuatu agensi.

“Keengganan Permata untuk membuka akaun untuk penelitian awam walaupun ia menggunakan dana awam yang banyak salah satu contoh kerahsiaan kerajaan.

“Saya mahu tegaskan satu-satunya cara untuk Permata bersihkan namanya adalah dengan membuka akaun untuk penelitian awam,” kata Bee Yin, mengingatkan Permata bukan milik individu tetapi satu agensi kerajaan.

Melalui penilaian prestasi Permata, jelasnya, rakyat akan tahu berapa ramai kanak-kanak yang menerima manfaat daripada program itu, kesan keseluruhan kepada keluarga terbabit, strategi jangka panjang dan bagaimana dana awam yang diperuntukkan dibelanjakan untuk mencapai matlamat program.

“Saya harap penjelasan ini dapat membantu Rizal faham konsep berbaloi dengan harga.”

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.