
Ia dikesan ekoran masalah pengimpalan yang tidak betul dan berbeza daripada masalah yang pernah berlaku sebelum ini menyebabkan penarikan balik automotif terbesar dalam sejarah AS.
Penarikan semula itu diumumkan pada Jumaat oleh Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya (NHTSA) melibatkan X3 dan SUV X4 BMW model tahun 2015, dan X5s dari 2014 serta 2015. Infalator beg udara di bahagian depan pemandu keluar secara berasingan sehingga mengeluarkan logam dan serpihan lain.
“Ini boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian pada pemandu,” kata BMW.
Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan dan NHTSA mengesahkan masalah inflator ini tidak wujud dalam model kenderaannya BMW yang lain atau pembuat kereta lain. Agensi itu juga berkata, pengepam akan diuji sebagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan tiada masalah lain wujud.
BMW menekankan masalah inflator tidak pernah timbul dalam beg udara Takata sebelum ini.
“Kami mendapati ia isu terpencil melibatkan kira-kira 4,000 bahagian dan setahu kami, tiada kecederaan berlaku ekoran isu ini,” kata Takata dalam satu kenyataan menambah pihaknya akan terus menyiasat dan bekerjasama dengan BMW.
Ia masalah yang baru bagi Takata, tambahan kepada penarikan balikan 69 juta kenderaan di Amerika Syarikat dan kira-kira 100 juta di seluruh dunia. Dalam kenderaan tersebut, kandungan nitrat ammonium yang digunakan dalam beg udara Takata mengembung apabila terdedah kepada haba yang tinggi dan kelembapan.
Ia boleh menyebabkan beg udara membakar lebih cepat daripada sepatutnya meletupkan kanister logam inflator dan menyebabkan serpihan menyerang pemandu dan penumpang.
Seramai 15 orang, termasuk 10 di AS terbunuh akibat letupan inflator Takata dan lebih 100 orang dilapor terluka.
Masalah pengimpalan Takata dikesan di sebuah kilang di Mexico selepas kemalangan membabitkan kereta BMW X5 model 2014 pada 22 Julai lalu di Georgia di mana serpihan beg udara menyebabkan “kerosakan luar biasa untuk dalaman kenderaan.”
Beg udara akan digantikan secara percuma tetapi buat masa ini alat ganti tersebut tiada dalam stok. Sehingga alat ganti tiba, BMW bersedia menyediakan kereta pinjaman kepada mereka yang terlibat.
BMW merancang akan mengeluarkan notis tarik balik bermula Nov 11.
Pautan:
Tan Chong panggil semula beberapa model Nissan ganti beg udara