Warga Jakarta gempar filem lucah di papan iklan elektronik

Warga Jakarta gempar filem lucah di papan iklan elektronik

Orang ramai dan pengguna jalan raya kecoh melihat papan iklan elektronik sebesar 24 meter persegi di Jalan Pangeran Antasari, Jakarta menayangkan filem lucah selama 20 minit.

indon-porn
JAKARTA:
Polis sedang menjalankan siasatan forensik mengenai tayangan filem pornografi menerusi papan iklan elektronik gergasi di kota Jakarta semalam.

Media atas talian hari ini memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kekerasan Polis Daerah Metro Jaya, Hendy Kurniawan sebagai berkata pihaknya menyita dan mengambil beberapa peralatan komputer milik syarikat pengiklanan berkenaan yang terletak di Jakarta Selatan.

Beliau berkata polis juga membuat pemeriksaan menyeluruh di pejabat syarikat berkenaan dan beberapa petugasnya akan disoal siasat bagi membantu siasatan.

Orang ramai dan pengguna jalan raya menjadi kecoh apabila melihat sebuah papan iklan elektronik sebesar 24 meter persegi di Jalan Pangeran Antasari, Jakarta Selatan menayangkan filem lucah.

Seorang penjual soto di tepi jalan di situ yang dikenali sebagai Domang kemudiannya mengambil tindakan berani dengan memotong wayar elektrik di papan iklan berkenaan setelah filem itu ditayangkan kira-kira 20 minit.

Dia yang membuka gerai di belakang papan iklan berkenaan berkata setelah mengetahui papan iklan itu menayangkan filem lucah, dia lalu mencari suis elektrik papan iklan itu dan menutupnya.

Sementara itu wakil syarikat papan iklan tersebut dilaporkan sebagai berkata pihaknya kesal dengan insiden itu dan menyerahkan kes kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

Katanya, syarikatnya percaya ia merupakan jenayah siber dan kemungkinan jaringan Internet syarikat itu dicerobohi serta menafikan ia merupakan perbuatan petugas syarikat berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.