Kita sayang Qu Puteh, harap terus taja Kelantan, kata Annuar

Kita sayang Qu Puteh, harap terus taja Kelantan, kata Annuar

Annuar menyifatkan Qu Puteh adalah penaja yang istimewa, unik dan tersendiri.

Annuar-Musa_Vida-taja_600
KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berharap Vida Beauty Sdn Bhd akan terus menjadi penaja utama The Red Warriors berdasarkan kontrak yang ditandatangani sebelum ini, kata presidennya.

Tan Sri Annuar Musa berkata, Datuk Seri Hasmiza Othman yang lebih dikenali sebagai Dr Vida masih mempunyai kontrak dengan skuad Kelantan sehingga tahun depan.

“Dia ada kontrak-kontrak dia. Kita sayang kepada Qu Puteh ini. Dia penaja yang agak istimewa, unik dan tersendiri.

“Jadi, saya harap kontrak itu dapat diteruskan. Memang kontrak 2 tahun,” kata ketua penerangan Umno itu selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Selasa lalu, sebuah portal melaporkan pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu bercadang menghentikan tajaan bernilai RM16 juta untuk skuad Kelantan lebih awal berbanding tempoh sebenar, 2 musim.

Ia susulan prestasi tidak konsisten dan mengecewakan The Red Warriors dalam saingan Liga Malaysia sepanjang musim ini yang disifatkan tidak berbaloi dengan pelaburan besarnya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.