Tinjauan: Hishammuddin lebih popular daripada Zahid di Selangor

Tinjauan: Hishammuddin lebih popular daripada Zahid di Selangor

Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun mendapat lebih banyak sokongan daripada masyarakat India Selangor

Hishammuddin-Hussein,-Ahmad-Zahid-Hamidi,-Khairy-Jamaluddin,-Selangor,-survey.
SHAH ALAM:
Dalam pertarungan antara pimpinan tertinggi Umno yang digemari untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Datuk Seri Najib Razak, sepupunya Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengungguli persaingan.

Perkembangan itu diumum Institut Darul Ehsan (IDE) yang melakukan tinjauan di 56 kawasan pilihan raya di Selangor melibatkan 1,761 pengundi daripada 26 Ogos hingga 30 Ogos.

Tinjauan itu mendapati 32% responden memilih Hishamuddin daripada Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin terpaksa berpuas hati dengan 31% dan 28% undi.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Majlis Tertinggi Datuk Seri Mustapa Mohamed mendapat 4% dan 6% sahaja.

Timbalan Pengerusi IDE Prof Datuk Mohammad Redzuan Othman menyampaikan keputusan itu dalam satu sidang media di Hotel Carlton di sini hari ini.

“Hishamuddin mendapat markah paling tinggi dalam kalangan pengundi Melayu dan Cina dengan 33% daripada keduanya. Hanya 26% pengundi India memilih beliau.

undikaum

“Sementara Ahmad Zahid mendapat sokongan tertinggi pengundi India dengan 36%,” katanya.

Hanya 30% responden Melayu dan 29% responden Cina memilih Zahid.

Sementara itu, huraian tinjauan itu mendapati 38% responden berusia 21 hingga 30 menyatakan sokongan kepada Khairy, menjadikan beliau paling popular dalam kalangan belia di Selangor berbanding Zahid dan Hishammuddin yang mendapat 26% dan 28%.

Tinjauan ini menyusuli desas-desus pilihan raya kilat yang diramal diadakan tahun depan. Selangor kini ditadbir kerajaan bekas komponen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti pembangkang persekutuan PKR, DAP dan PAS.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merupakan Menteri Besar dan menurut tinjauan itu, kerajaan Selangor Pakatan Harapan lebih digemari berbanding BN, 59% responden menyokong perikatan pembangkang persekutuan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.