Bas ekspres terbabas, 29 penumpang selamat

Bas ekspres terbabas, 29 penumpang selamat

Bomba berkata pemandu dan semua penumpang bas iaitu 21 lelaki serta 8 wanita terselamat dan berjaya dikeluarkan dari bas itu.

Bas-ekspres-terbabas,-29-penumpang-selamat
SEREMBAN: Sebanyak 29 penumpang sebuah bas ekspres dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur terselamat apabila kenderaan itu terbabas di bahu jalan dan terhumban ke dalam longkang di Kilometer 244, Lebuhraya Utara-Selatan PLUS (arah utara) dekat Rembau, hari ini.

Penolong Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 5.06 pagi.

Beliau berkata 2 jentera bersama seorang pegawai dan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dan Senawang segera dikejarkan ke tempat kejadian.

“Pemandu dan semua 29 penumpang bas iaitu 21 lelaki serta 8 wanita terselamat dan dikeluarkan dari bas itu dengan bantuan anggota bomba,” katanya.

Beliau berkata hanya seorang wanita penumpang bas terbabit mengalami cedera ringan di kaki.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.