
menghina agama selepas berkongsi sebuah karikatur di media sosial ditembak mati oleh seorang lelaki bersenjata, petik kata agensi berita Petra.
Lelaki bersenjata itu bagaimanapun berjaya ditangkap di tempat kejadian.
Hattar, seorang Kristian dan aktivis anti-Islam merupakan penyokong Presiden Syria Bashar al-Assad, ditahan pada bulan lalu selepas menyebarkan karikatur yang menggambarkan seorang lelaki berjanggut di syurga sedang merokok di tempat tidur dengan wanita dan mengarahkan Tuhan untuk membawanya arak anggur dan gajus kepadanya.
Rakyat Islam konservatif di Jordan menganggap tindakan Hattar menyinggung perasaan dan agama mereka.
Ekoran itu, pihak berkuasa mengeluarkan arahan Hattar melanggar undang-undang dengan menyebarkan karikatur itu.
Menurut laporan agensi berita itu lagi, pihak keselamatan memberitahu Hattar dibunuh oleh seorang lelaki yang melepaskan 3 das tembakan ke arahnya di tangga istana keadilan di ibu Jordan.
“Penyerang itu ditahan dan siasatan sedang dijalankan,” petik kata sumber pihak keselamatan itu.
Dua saksi kejadian berkata, lelaki bersenjata itu berjanggut dalam lingkungan usia 50-an, berpakaian tradisional Arab seperti Salafi Sunni ultra konservatif yang berpegang kepada dakwah Islam dan menjauhi gaya hidup Barat.
Hattar sebelum ini dilapor memohon maaf ke atas perkongsian karikatur itu selain akui tidak bermaksud untuk menghina Tuhan.
Katanya, dia berkongsi kartun itu kepada fundamentalis radikal Sunni dan apa yang digambarkan ialah wawasan mereka terhadap Tuhan dan syurga.
Hattar juga menuduh karikatur itu digunakan untuk menyerangnya.