
Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata Pakatan Harapan (PH) pernah mengutarakan perkara itu sebelum ini dan cadangan PPBM menunjukkan parti baharu itu yang bersetuju dengan PH.
“Ia cadangan asal PH dan kami sememangnya menyokong sekali lagi apabila ia dibawa oleh PPBM kerana sistem itu memberi manfaat kepada negara,” katanya kepada FMT.
Manakala Datuk Saifuddin Nasution dari PKR pula memetik cadangan pemimpin utama PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu jawatan perdana menteri dan menteri kewangan tidak dipegang oleh orang sama juga pernah diutarakan oleh PH sebelum ini.
“Saya menyokong jika cadangan itu konsisten dengan kemahuan PH,” kata Saifuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR.
Pada 22 September lalu, Naib Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencadangkan untuk mengehadkan penggal khidmat perdana menteri kepada dua penggal iaitu tidak lebih 10 tahun seperti mana amalan negara maju.
Katanya, pelaksanaan cadangan itu perlu bagi mengelakkan krisis pengurusan dan salah guna kuasa seperti yang dilihat dalam pentadbiran BN.
Bagaimanapun PKR tidak bersetuju jika pengehadan jawatan kepada 2 penggal turut dilaksana ke atas menteri besar atau ketua menteri.
Tian Chua dan Saifuddin berkata demikian selepas mendakwa kuasa jawatan menteri besar lebih terhad berbanding perdana menteri.
Namun, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub pula bersetuju dengan tempoh menteri besar turut dihadkan sama seperti perdana menteri
“Itupun boleh diperkenalkan kerana 2 penggal untuk menteri besar juga dilihat sangat relevan.
“Saya dan Mukhriz sedang berbincang untuk membawa masuk bekas tokoh, pegawai kanan dan pegawai rasmi kerajaan menerusi satu ‘task force’ yang lebih kukuh dalam masa terdekat berbincang mengenai perkara itu,” katanya.
Pautan: