
Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata PKR mempunyai tempoh sehingga 15 Oktober untuk mengemukakan bantahan.
“Arahan telah diberikan kepada PKR negeri untuk memenuhi semua pra-syarat mengemukakan bantahan seperti mengemukakan senarai 100 nama yang membantah, akuan bersumpah dan beberapa dokumen asas untuk membuat bantahan,” katanya kepada FMT.
Beliau menambah pengalaman melalui proses persempadanan terakhir melibatkan Sarawak membantu PKR untuk lebih bersedia.
Persempadanan kali ini melibatkan 128 kawasan Parlimen, dan boleh dibantah kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan kumpulan pengundi dengan sekurang-kurangnya 100 orang.
Parti pembangkang, MCA dan Gerakan mempertikaikan penentuan semula sempadan itu kerana mewujudkan polarisasi kaum, dan ketaksamaan jumlah pengundi mengatasi kuota yang dibenarkan – purata 68,814 pengundi di setiap kawasan Parlimen di Tanah Melayu.
Menurut pemimpin DAP Lim Kit Siang, pembangkang mengenalpasti 13 kerusi Parlimen saiz “super” iaitu Damansara 150,439; Bangi 146,168; Klang 141,275; Petaling Jaya 129,363; Subang 128,330; Gelang Patah 112,081; Kota Raja 121,126; Pasir Gudang 108,156; Kota Melaka 105,067; Kuala Terengganu 101,875; Sungai Petani 101,829; Tumpat 101,318; dan Kapar 100,456.
Saifuddin berkata semua jentera PKR diasah untuk menghadapi pilihan raya.
“Kita sudah wujudkan kumpulan untuk membuat analisis menyeluruh tentang cadangan SPR di bawah persempadanan semula dan apakah kesan politik kepada PKR pada PRU14,” katanya.
Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya PKR Nurul Izzah Anwar berkata cadangan SPR akan menyebabkan Pakatan Harapan dan PAS kehilangan kerajaan negeri Selangor, dan kehilangan 2/3 kerusi Dewan Rakyat.
Katanya, PKR akan menyembah petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong memohon campurtangan supaya isu berbangkit dibetulkan.
Pautan: