
Ia juga mendedahkan 52% wanita menikmati makan tengah hari di meja kerja sekurang-kurangnya 2 kali seminggu, berbanding hanya 45% lelaki berbuat demikian.
Tambahan, ia juga menyatakan 57% wanita berkata sukar untuk mereka kekal aktif ketika di tempat kerja berbanding 50% bagi lelaki.
Pengurus Besar Herbalife bagi Malaysia dan Singapura Sridhar Rajagopalan berkata syarikat itu cuba membantu individu di negara ini untuk mengambil langkah praktikal dalam menuju kehidupan yang sihat.
“Kaji selidik ini menunjukkan pekerja Malaysia cenderung untuk mengabaikan senaman kerana komitmen mereka terhadap kerja.
“Sebagai syarikat pemakanan global, kami berharap untuk membantu rakyat di negara ini mengambil langkah praktikal dalam kehidupan sihat, hidup aktif dan mengurangkan risiko obesiti yang akhirnya memberikan peningkatan positif kepada keseluruhan hidup mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Awal tahun ini, Malaysia merekodkan peningkatan dalam kadar obesiti, dengan statistik terbaru menunjukkan hampir separuh daripada 30 juta populasi di negara ini mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti.
Jumlah itu didedahkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang berkata menurut Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi 2015, sebanyak 17.7% daripada populasi ialah rakyat Malaysia yang obes sementara mereka yang dikategorikan sebagai lebih berat badan membentuk 30%, dengan jumlah keseluruhan ialah 47.7%.