Syarikat Ford di Indonesia disiasat kerana tak bayar cukai

Syarikat Ford di Indonesia disiasat kerana tak bayar cukai

Ford Motor Indonesia hanya melaporkan cukai mewah dibayar bagi kereta model Everest varian 10 penumpangnya, walaupun syarikat tersebut juga mengimport varian 7 penumpang model itu ke negara tersebut.

ford
JAKARTA:
Ford Motor Indonesia, yang menutup operasi di negara tersebut pada awal Januari tahun ini, kini sedang disiasat oleh Kementerian Kewangan Indonesia.

Ini berikutan penemuan terbaru yang tidak kena dalam dalam laporan akhir Ford Motor berkenaan cukai mewah yang dibayar.

Akhbar tempatan berbahasa Inggeris The Jakarta Post, memetik jurucakap direktorat jenderal kementerian itu bagi kastam dan eksais Denny Surjantoro yang berkata dalam penemuan tersebut, Ford Motor Indonesia hanya melaporkan cukai mewah dibayar bagi kereta model Everest varian 10 penumpangnya, walaupun syarikat tersebut juga mengimport varian 7 penumpang model itu ke negara tersebut.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan walaupun pengeluar kereta Amerika tersebut menutup operasinya di negara itu.

Di bawah peraturan cukai barang mewah kerajaan 2006, kerajaan Indonesia mengenakan cukai 20% ke atas kereta 7 penumpang dan cukai 10% ke atas kereta model jenis 10-15 penumpang.

Pada Januari, Ford mengumumkan akan menutup operasinya di Indonesia dan Jepun, memandangkan bahagian pasarannya yang kecil di kedua-dua negara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.