‘Bom tangan’ ditemui bawah katil hotel di PD

‘Bom tangan’ ditemui bawah katil hotel di PD

Kakitangan hotel memaklumkan pihak berkuasa yang kini sedang mencari seorang lelaki Timur Tengah

grenade-hotel
PETALING JAYA:
Polis Negeri Sembilan mengambil suatu objek yang kelihatan seperti sebutir bom tangan daripada sebuah bilik hotel di Port Dickson.

Pihak berkuasa kini sedang mencari seorang lelaki Timur Tengah yang menginap di bilik itu.

Ketua Polis Daerah Port Dikcson Supt Adzli Abu Shah berkata kakitangan hotel temui objek itu di bawah katil semasa membersihkan bilik lelaki itu di hotel yang terletak di Batu 5, Jalan Pantai.

NST Online melaporkan lelaki itu, sekitar umur 30an, mendaftar masuk ke hotel bersama keluarganya pada hari Isnin dan mendaftar keluar hari ini.

“Kita sedang sahkan objek itu bom tangan atau bukan,” kata Adzli.

Polis dapat mengenalpasti lelaki itu menggunakan sedutan kamera litar tertutup (CCTV) hotel.

Polis tidak menolak semua kemungkinan, termasuk kemungkinan kaitan dengan kumpulan militan IS.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.