3 nelayan Filipina diculik di Semporna

3 nelayan Filipina diculik di Semporna

Tiga warga Filipina berketurunan Bajau itu dipercayai dilarikan ke arah Kepulauan Tawi-tawi, di selatan Filipina.

nelayan
PETALING JAYA:
Seorang tekong dan dua awak-awak sebuah bot nelayan diculik tujuh lelaki bersenjata berhampiran Pulau Pom Pom di perairan Semporna, semalam.

The Star Online melaporkan, tiga warga Filipina dipercayai dilarikan ke arah Kepulauan Tawi-tawi, di selatan Filipina.

Pemilik bot itu membuat laporan polis mendakwa sekumpulan lelaki bersenjata menculik tiga nelayan itu kira-kira jam 10.20 malam Sabtu.

Kesemua mangsa berketurunan Bajau itu adalah antara 11 anak kapal bot nelayan itu. Kumpulan penculik itu melarikan diri dengan sebuah bot hijau ke arah selatan Filipina.

Penculikan itu berlaku beberapa hari selepas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) melaporkan pelaksanaan operasi intensif terhadap penyeludup.

Minggu lalu, pasukan keselamatan Malaysia dilaporkan berada dalam keadaan berjaga-jaga, susulan operasi menyeluruh tentera Filipina terhadap bagi membasmi kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

Pautan:

Esscom sahkan 3 diculik di perairan Semporna

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.