
Peguamnya, Americk Sidhu berkata, Mahkamah Persekutuan perlu memutuskan samada penjawat awam dan kerajaan boleh menyaman media kerana memfitnah.
Mahkamah akan mendengar permohonan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob untuk membenarkan beliau mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan anak guamnya tidak boleh menyaman Utusan Melayu kerana memfitnah, selaku penjawat awam.
Americk mewakili Adnan dalam perkara itu.
Sekiranya permohonan dibenarkan, mahkamah kemudian akan mendengar merit rayuan Adnan.
“Peluang untuk mendapat kebenaran menyelesaikan isu ini di peringkat mahkamah tertinggi adalah cerah kerana terdapat dua keputusan Mahkamah Rayuan yang bercanggah,” kata Americk kepada FMT.
Pada April, panel hakim memutuskan kerajaan negeri dan Persekutuan boleh menyaman mana-mana orang yang didakwa membuat kenyataan fitnah terhadap mereka.
Dalam kes berlainan, New Straits Times Press (NSTP), Utusan Melayu dan Perkasa merayu terhadap penganugerahan ganti rugi RM550,000 kepada Guan Eng.
Mahkamah Rayuan menangguhkan rayuan sementara menunggu keputusan mahkamah tertinggi.
Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, turut membuat rayuan balas meminta jumlah yang lebih besar dengan alasan ganti rugi yang ditetapkan Mahkamah Tinggi tahun lalu tidak memadai.
Americk berkata anak guamnya meminta ganti rugi yang lebih besar kerana NST, Berita Minggu dan Mingguan Malaysia enggan meminta maaf kepadanya.
Sebaliknya, penyataan kesal diberi kepada peniaga Datuk Seri Kalimullah Hassan dan Ahli Lembaga Malaysia Airlines Mohamad Azman Yahya, kerana mendakwa mereka membocorkan rahsia negara dalam satu makan malam bersama PAP pada 2011.
Dilaporkan artikel itu, disiarkan oleh tiga akhbar tersebut pada 2 Oktober 2011, berdasarkan kepada kenyataan oleh bekas Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kassim, yang dimuatnaik di laman “pribumiperkasa.com“.
Hakim Nor Bee Ariffin mengarahkan Perkasa membayar RM150,000, manakala NSTP yang memiliki New Straits Times dan Berita Harian, dan Utusan masing-masing diarah bayar ganti rugi RM200,000.