
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang Abd Aziz Aban berkata, lelaki berusia 68 tahun itu dibebaskan pada malam tadi, lapor The Sun.
Abd Aziz berkata, siasatan masih berterusan.
‘Uncle Lim’ menyerah diri kepada pihak berkuasa, selepas terbitnya video yang memaparkan seorang individu yang tidak berpuas hati mendakwa sudah membayar wang untuk mendapatkan perumahan awam.
SPRM turut mengambil keterangan daripada Siew Kim.
Beliau sebelum ini menafikan sebarang penglibatan dalam kegiatan rasuah untuk mendapatkan perumahan awam dan menegaskan bapanya tidak punyai kuasa untuk menentukan siapa yang diberi unit kediaman.