14 cedera kemalangan di Lebuh Raya KL-Karak

14 cedera kemalangan di Lebuh Raya KL-Karak

Bas berkenaan dalam perjalanan menuju ke ibu negara dari pusat peranginan Genting Highlands ketika kemalangan yang dijangka berlaku kira-kira 4.17 petang.

accident
KUALA LUMPUR: Tiga belas pelancong warga Singapura dan seorang pemandu bas persiaran cedera selepas sebuah bas persiaran terbabit dalam kemalangan di Km31.3, Lebuh Raya KL-Karak, dekat Bukit Tinggi.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor, bas berkenaan dalam perjalanan menuju ke ibu negara dari pusat peranginan Genting Highlands ketika kemalangan yang dijangka berlaku kira-kira 4.17 petang.

“Pemandu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar tembok dan terbalik.

“Sebuah jentera bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 4.20 petang.

“Semua mangsa yang cedera dibawa ke empat hospital iaitu Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh, Hospital Bentong serta Hospital Selayang,” katanya.

Dalam pada itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu kenyataan media menyatakan kemalangan itu menyebabkan kesesakan sepanjang 9 kilometer sepanjang lebuh raya itu.

Tambahnya, kemalangan tersebut menghalang semua lorong utama dan hanya lorong kecemasan sahaja dibuka.

Pihak keselamatan dan berkuasa sedang dalam usaha mengalihkan bas yang terbabit kemalangan itu.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.