Remaja 18 tahun kahwini ibu tunggal anak 5

Remaja 18 tahun kahwini ibu tunggal anak 5

Ibu bapa pengantin lelaki meminta orang ramai tidak mengata mengenai perkahwinan itu, sebaliknya mendoakan kebahagian pasangan berkenaan.

Mohd-Sufie-Alin_khawin_600
PETALING JAYA:
Seorang remaja berusia 18 tahun mengahwini seorang ibu tunggal beranak lima yang berumur 42 tahun di Kuala Penyu, Sabah.

Bapa pengantin lelaki, Alin @ Matalin Utam, 52, yang dipetik Berita harian berkata: “Sudah suka sama suka, biarkanlah…doakan mereka bahagia.

“Pada mulanya saya terkejut sebab dia pilih wanita lebih berusia, tapi bila fikir balik saya dan isteri tiada masalah. Kami gembira dan merestui perkahwinan mereka, asalkan tidak buat perkara tak betul.

“Saya cakap jangan peduli cakap orang, asalkan tidak kacau isteri orang sudahlah,” katanya yang meminta orang luar supaya tidak mengata mengenai perkahwinan itu, sebaliknya mendoakan kebahagiaan mereka.

Gambar Mohd Sufie Alin menyarung cincin ke jari manis Dayang Sopiah Gusti, selepas selesai majlis akad nikah mereka di Masjid Daerah Beaufort, pada Selasa lalu, tersebar di media sosial.

Dayang Sopiah mempunyai lima anak berusia lima hingga 16 tahun daripada perkahwinan sebelum ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.