Ugut bunuh pembesar negara, lelaki mengaku ‘Nabi Isa’ ditahan

Ugut bunuh pembesar negara, lelaki mengaku ‘Nabi Isa’ ditahan

Dia mengugut untuk membunuh beberapa pembesar negara.

Free Malaysia Today
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang mengaku dirinya ‘Nabi Isa’ ditahan polis di Jalan Tun Razak di sini semalam, selepas mengugut untuk membunuh beberapa pembesar negara.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif kepada Bernama.

Beliau berkata suspek berusia 40-an itu telah diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk siasatan.

“Selepas Jawi menjalankan siasatan mereka, polis akan menyiasat pula suspek mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.