
“Mengapa kami jadi sasaran,” soalnya hari ini, selepas satu media berbahasa Inggeris melaporkan degradasi alam sekitar akibat kerja tebus guna yang sedang berjalan di pulau itu.
Katanya media arus perdana sering tutup mata kepada kerja tebus guna di negeri lain yang menurutnya tiga kali genda lebih besar.
“Mengapa kamu hanya memburukkan Pulau Pinang? Mengapa NST tak tulis mengenai tebus guna yang tiga kali ganda lebih besar di negeri lain?
“Tebus guna di Melaka tiga kali ganda lebih besar (berbanding Pulau Pinang). Begitu juga di Perak,” katanya mengenai dua negeri dibawah pentadbiran BN.
“Mengapa mereka (NST) tidak tulis mengenai perkara itu?”
New Straits Times dalam laporannya memetik pakar biologi marin Universiti Sains Malaysia Dr Zulfigar Yasin berkata tebus guna berlebihan di pulau itu akan menyebabkan lebih banyak berlakunya bencana alam.
Zulfigar dilapor menggambarkan alam sekitar di pulau itu umpama gunung berapi yang menunggu masa untuk meletup.
Katanya para nelayan juga akan terjejas teruk kerana hasil tangkapan dijangka turun dalam jangka masa panjang.
Sementara itu, Exco Alam Sekitar Pulau Pinang Phee Boon Poh berkata kerajaan negeri menghormati pandangan pakar berkenaan isu tebus guna.
Beliau mengalukan semua pihak untuk menyatakan pendirian berhubung perkara itu.
“Kami hormat pandangan pakar. Semua padangan akan diberi perhatian sewajarnya.
“Kami berterima kasih kerana bantu kemukakan kelebihan dan kekurangan.”
Pautan:
Penang headed for ‘disaster’ due to reclamation, warns expert