
Azizul merupakan antara enam pelumba yang layak ke pertandingan akhir acara itu.
Jason Kenny dari Britain menang pingat emas manakala Matthijs Buchli dari Belanda meraih pingat perak.
Pada Sukan Olimpik 2012 di London, Azizul mendapat tempat ke-6.
“Saya menujukan khas pingat ini kepada semua rakyat Malaysia dan kepada isteri serta anak saya yang banyak berkorban selama ini,” kata penunggang yang dikenali sebagai “Rocket Pocket Man” disebabkan saiz tubuhnya yang agak kecil.
“Sungguhpun matlamat saya adalah untuk mendapatkan emas namun pingat gangsa ini hasil kerja keras selama bertahun-tahun dan permulaan untuk membawa pulang emas pada Olimpik Tokyo 2020,” katanya dipetik Bernama.
Kemenangan Azizul itu memberikan pingat kedua kepada Malaysia, yang sebelum ini memenangi perak menerusi acara terjun 10 meter platform seirama oleh gandingan Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong.
https://www.facebook.com/jtcbikecentre/videos/10153831838140754/