
Malaysia mengutuk keras serangan bom berkenaan.
Kementerian Luar Negeri menasihatkan agar rakyat Malaysia yang ingin melawat Thailand atau yang menetap di Thailand untuk sentiasa berwaspada dan memberikan tumpuan kepada keselamatan diri pada setiap masa.
Rakyat Malaysia yang ingin melawat atau yang menetap di Thailand juga digalakkan untuk mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok atau Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla. Pendaftaran boleh dilakukan sama ada melalui e-mel atau faks.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan juga boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok atau Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla seperti berikut:
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok
33-35, South Sathorn Road, Tungmahamek, Sathorn
Bangkok 10120, Thailand
Tel.: +66-2-629 6800 / +66-87-028 4659 (selepas waktu pejabat)
Faks: +66-2-679 2208 / +66-2-679 2270
Email: [email protected]
Konsulat Jeneral Malaysia di Thailand
No. 4, Sukhum Road, Muang District
Songkhla 90000, Thailand
Tel.: +66-7-431 1062 / +66-7-431 6274
Faks: +66-7-432 4004
Email: [email protected]