
“Seniman sudah hilang sabar. Dia perlu dikenakan tindakan segera,” kata Rozaidi Abdul Jalil, malam tadi.
Seniman sebelum ini menggesa pelawak Singapura, Fakkah Fuzz, dilarang masuk ke negara ini, selepas menyamakan perkataan “pencuri” di Malaysia dengan “perdana menteri” dalam salah satu persembahan lawaknya.
Klip video Namewee, atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, memaparkan empat lelaki mewakili agama utama di Malaysia, yang menyanyi dalam bahasa Mandarin berlatar belakangkan rumah ibadat.
Setakat ini lima laporan polis difailkan mendakwa Namewee menghina agama. Polis berkata penyanyi itu akan disoal sekembali dari luar negara.
Semalam, Namewee menafikan beliau menghina Islam.
“Hentikan fitnah dan tuduhan anda dengan mengatakan saya menghina agama Islam,” kata penyayi berusia 33 tahun yang terkenal dengan pelbagai lagu rap dan sketsa kreatif yang dimuat naik di YouTube.
Seniman bagaimanapun mendakwa Namewee sengaja mahu mengugat keamanan negara dengan mencipta lagu-lagu “mengusik” elemen keagamaan.
Bercakap pada majlis Aidilfitri anjuran Seniman di Ulu Kelang semalam, Rozaidi berkata pihaknya sudah membuat aduan di Balai Polis Dang Wangi pada Rabu lalu.
Pada majlis itu, Seniman juga menyerahkan surat kepada wakil Kementerian Komunikasi dan Multimedia menarik balik lesen produksi Namawee dan menyekat akaun YouTube miliknya.
Pautan