
Jurucakap polis berkata unit pemusnah bom dan unit anjing pengesan digegaskan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 12 tengah hari.
Selepas ancaman beg hitam disangka bom itu berjaya dilucutkan, seorang penduduk tampil menuntutnya pada jam 2.45 petang.
Penduduk berkenaan, yang tidak mahu dikenali, menjelaskan beg itu secara tidak sengaja ditinggalkan disitu oleh ibunya yang tua dan menghidapi kencing manis, dan pembantu rumahnya.
Dia hanya menyedari takat kesan kecuaian mereka selepas mendapati keriuhan di luar rumah. Polis bersurai pada jam 3 petang selepas berpuas hati keadaan kembali selamat.
Pada awal tahun ini, Bangsar dilaporkan antara lokasi yang mungkin diancam serangan pengganas.