Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata keterangan Khairul Azwan diambil di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
“Ya, kami sudah mengambil keterangan beliau (Khairul) pada pagi tadi dan siasatan masih diteruskan berhubung perkara berkenaan,” katanya ringkas kepada Bernama ketika dihubungi.
Pada Selasa lepas, Khairul Azwan membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Dalam laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka dipercayai terbabit dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.
