Rekod 18 tahun Watson Nyambek dipecahkan

Rekod 18 tahun Watson Nyambek dipecahkan

Khairul Hafiz berjaya merentasi garisan penamat 1.2 saat lebih awal daripada rekod kebangsaan sebelum ini.

jantan

KUCHING:
Atlet Melaka, Khairul Hafiz Jantan berjaya memecahkan rekod 18 tahun yang dipegang Watson Nyambek dalam acara 100 meter lelaki Sukan Malaysia (Sukma) di Stadium Sarawak semalam.

Khairul melintasi garisan penamat dengan catatan 10.18 saat, 1.2 saat lebih awal daripada rekod lama Watson pada Sukan Pra-Komanwel 1998.

Khairul sebelum ini dinobatkan pelari pecut paling pantas Asia selepas memenangi pingat emas dalam acara 100 meter di Kejohanan Olahraga Remaja Asia di Ho Chi Minh, Vietnam bulan lalu, dengan masa 10.36 saat.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.