7 warden terpengaruh ideologi IS jalani proses deradikalisasi

7 warden terpengaruh ideologi IS jalani proses deradikalisasi

Proses pengasingan banduan biasa dan banduan "jenayah ideologi" sedang dilakukan bagi mengelakkan ideologi IS merebak dalam penjara di seluruh negara.

deradilikasasi

PETALING JAYA:
Tujuh warden di sebuah penjara dalam negara ini terpaksa menjalani proses deradikalisasi kerana dipengaruhi ideologi IS yang disebarkan banduan.

Timbalan Perdana Menteri ketika mengakui perkara itu berkata, tahanan yang terbabit dalam keganasan dikategorikan sebagai banduan “jenayah ideologi”.

“Kami sudah mula mengasingkan banduan biasa dan banduan IS bagi mengelakkan keadaan itu merebak dalam penjara di seluruh negara,” katanya yang dilaporkan China Press selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri (KDN) Sarawak 2016 di Kompleks Islam Sarawak hari ini.

Tambahnya, langkah pengasingan itu bertujuan membolehkan mereka menjalani proses deradikalisasi, selain membendung ideologi mereka daripada mempengaruhi banduan lain.

Jelasnya, kerajaan sedang menaik taraf penjara Kamunting di Taiping bagi menempatkan banduan “jenayah ideologi” dan giat menjalankan proses yang akan dipantau Jabatan Penjara, polis, Kementerian Kesihatan dan majlis agama Islam.

“Statistik menunjukkan seramai 97.5% banduan yang terbabit dalam keganasan berjaya dipulih,” katanya yang yakin dengan proses deradikalisasi akan mencapai kejayaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.