“Saya terkejut apabila terdengar kerajaan Pulau Pinang tidak boleh menyerahkan dokumen itu dan terlepas tempoh akhir menyerahkan dokumen berkenaan kepada Menteri Kerjaya Raya Datuk Seri Fadillah Yusof walaupun selepas peringatan diberikan sebanyak empat kali sejak dua bulan lalu. Ketua Menteri, apa yang sudah berlaku?” soalnya melalui Twitter hari ini.
Rahman bingung kerana kerajaan negeri mendakwa laporan berkenaan sudah sidap dan hampir disiapkan beberapa bulan lepas.
“Mengapa tidak serahkan apabila diminta berulang-kali oleh Kementerian Kerja Raya?”
Beliau turut berkata dokumen sokongan itu sangat penting terutamanya untuk projek semahal jambatan itu.
“Selepas surat memohon jambatan itu dihantar, kerajaan Pulau Pinang tidak menyerahkan dokumen sokongan, termasuk laporan RM305 juta yang sudah dibayar sebanyak RM135 juta itu.
“Saya percaya Kementerian Kerja Raya dan rakyat Pulau Pinang berminat untuk melihat rupa laporan yang mencecah ratusan juta ringgit itu. Jangan nafikan mereka peluang itu.”
Awal hari ini, Fadillah dilaporkan berkata permohonan kerajaan Pulau Pinang untuk membina jambatan ketiga itu disimpan dalam perhatian (KIV) ekoran kegagalan menyerahkan dokumen sokongan.
“Tiada pihak berkuasa di dunia yang boleh memberikan kelulusan secara dasar terhadap projek infrastruktur mega yang berharga berbilion-bilion ringit, hanya dengan surat dua halaman yang dihantar kepada kami oleh kerajaan Pulau Pinang.
“Saya tidak pasti jika ini adalah amalan biasa di Pulau Pinang tetapi ini bukan amalan di kementerian,” katanya dalam kenyataan hari ini.