Cawangan baharu Starbucks di Bangsar dikendali OKU

Cawangan baharu Starbucks di Bangsar dikendali OKU

Ini merupakan salah satu langkah Starbucks dalam membantu komuniti tanpa sebarang diskriminasi

starbucks

KUALA LUMPUR:
Tidak mahu golongan buta dan pekak ketinggalan dalam alam pekerjaan, Starbucks bakal mengambil pekerja di kalangan orang kurang upaya (OKU) bagi kafe cawangan terbaharu di Bangsar.

Portal Mashable Asia melaporkan Starbucks bakal mengambil 10 barista, tiga daripada mereka dengan masalah pendengaran.

Bagi pelanggan yang tidak mahir dalam penggunaan bahasa isyarat, pesanan boleh dibuat menggunakan nombor yang tertera di skrin bagi memudahkan pemahaman barista.

Muhammad Aizad Ariffin bakal dilantik pengurus di kafe berkenaan.

Sebelum ini, Starbucks pernah mengambil inisiatif mengambil pekerja di kalangan pesara tentera. Ia merupakan langkah syarikat kafe global itu membantu komuniti tanpa sebarang diskriminasi.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.